Friday, November 7, 2014

Teman

Rindu, satu ungkapan yang tak mampu kuluahkan kepada orang lain. Perasaan yang rasanya agak asing kerana sudah lama tidak kurasakan perasaan ini.

Teman, seseorang yang kufikir sudah kulupaka tetapi tidak. Hari ini, sudah terbukti bahawa aku sangat merindui dirinya, sangat-sangat namun tidak ku ungakapkan di hadapannya.

"Aku rindu Kau"

Hanya itu yang ingin ku katakan, aku tidak punya keberanian!

Maafkan aku teman, aku telah menyakiti dirimu selama setahun. Dengan kekeliruan yang hadir tanpa ku pinta aku perlahan-lahan mengusirmu dari hidupku. Ya aku tahu, aku perasan akan kekeliruanmu di atas perubahanku, tetapi apa yang harusku katakan.

Bagaimana ingin ku terangkan perasaan ini, aku sendiri tidak mengerti mengapa aku berubah. Maafkan aku teman!

Aku rindu pada kau! Aku rindu pada setiap apa yang kita lakukan bersama. Aku rindu untuk memanggilmu 'tiramisu' lagi. Ampunkan aku teman!

Aku sayang pada kau teman! Maafkan aku!

Aku mahu kembali pada masa lalu, aku katakan tahun lalu adalah tahun yang paling menyedihkan tetapi tidak kusangka sebenarnya tahun ini adalah tahun kehancuran bagiku. Aku tidak menyedari walaupun aku kerap menangis, tetapi aku punya kau untuk luahkan segala isi hatiku. kau punya aku untuk kau hamburkan segala rasa dalam hatimu.

Maafkan diatas kesilapanku.

Mungkin sudah masanya untukku benar-benar pergi dari hidupmu. Kau sudah bahagia. Kau punya teman pengganti diriku, Pergilah engkau lepaskan sayapmu, tinggalkan diriku.

"Orang sayang Ain!"

Selamat tinggal!